Moga ALLAH..
Ahad, 2 Ogos 2009
Khamis, 16 April 2009
MuQoDdiMaH
الحمد الله رب العلمين نحمده ونستعينه ونستهديه ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلله فلا هادي له، ونشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، ونشهد أن محمدا عبده ورسوله وصفية وخليله، بعثه الله كافة للناس بشيرا ونذيرا، فبلغ الرسالة وأدى الأمانة ونصح الأمة وتركها على المهجة البيضاء ليلها كنهارها لا يزيغ عنها إلا هالك، وصل الله وسلامه عليه آله وأصحابه والتابعين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين وبعد.
Firman ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala :
82. Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
Terdapat pendapat Ulama’ menyatakan yang di maksudkan syifa’ adalah penawar dari sudut Maknawi (makna yang majazi) sahaja dan ada yang berpendapat penawar dari sudut Maknawi dan Hissi (makna asal), maka Al-Quran mengandungi penawar kepada kedua-dua sudut iaitu rohani dan jasmani.
Perbincangan ini amat penting kerana ianya membincangkan mengenai penerangan dan penjelasan berkaitan perubatan dengan mengunakan al-Quran, ianya juga di panggil Ruqyah Syar’iyyah dan dihubungkaitkan dengan Alam Jin dan Syaitan yang mana ianya diantara perkara-perkara yang telah di tentukan Syara’ dan di jelaskan dalam ilmu berkaitan aqidah.
Dengan menggunakan pendekatan ilmiah dan kaedah-kaedah yang sesuai dalam menghasilkan perbincangan yang menyeluruh dari semua aspek bagi memahami konsep sebenar perbahasan mengenai Ruqyah Syar’iyyah yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah dijadikan penawar kepada penyakit-penyakit yang dialami oleh tubuh manusia. Pemahaman erti sebenar tidak memadai dengan memahami erti dari sudut umum sahaja tetapi dengan memahami secara lebih mendalam dan teliti mengenai penyakit-penyakit seperti Sihir, Ain, Hasad dan sebagainya akan dapat membantu kearah pemahaman sebenar secara ilmiah.
Terdapat banyak perbahasan oleh para ilmuan dan karangan kitab dalam membincangkan serta membicarakan tajuk ini dengan panjang lebar. Pendekatan secara ilmiah ini juga menitikberatkan perbahasan ilmu Akidah yang sebenar dan kaitannya daripada penyelewengan dan pengharusan menyalahi kaedah asas dalam ilmu Akidah.
Perkara yang perlu dititikberatkan kepada pembaca sebelum perbahasan dan perbincangan tajuk ini ialah mengenai matlamat utama perbincangan iaitu Syari’at ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala adalah amanah yang amat besar, dan kita dipertanggungjawabkan untuk menjaganya dan membelanya serta menzahirkan apa yang benar sahaja dengan menjauhkan daripada segala penambahan dan pengurangan terhadapnya. ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala telah menjelaskan mengenai konteks pemahaman sebenar dalam firmanNYA yang Mulia :
Maksudnya:
72. Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat(tugas-tugas keagamaan) kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.
Skop perbincangan ini menumpukan mengenai Al-Quran dijadikan sebagai penawar serta hujah bagi mereka yang menerima kaedah perubatan ini dan hujah bagi mereka yang menolak perubatan ini serta pengertian dan pensyariatannya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. waLLAHu a’lam.
ABDUL HADI BIN HARUN
+962779117231
DEGREE OF FIQH WA USUL
P.O BOX 7, KULIYAH SHARIA,
MU'TAH UNIVERSITY.
MU'TAH KARAK 61620,
THE HASHIMATE KINGDOM OF JORDAN
(07/04/2009, 11.50PM +002.00-waktu Jordan )
(08/04/2009, 04.50am -waktu malaysia )